"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

28 January 2013

Jalan jalan cari jodoh.

Assalamualaikum.
Setelah memaksa para pembaca membaca entri yang sama buat dua tiga hari ni (haha) makanya aku pun update lah hari ni kan. Endahkan sahaja tajuk entri sebab tajuk tu memang tak boleh blah.

Senanya, aku nak story pasal aku gi kahwin hari tu. Eh kejap, aku rasa macam salah je (eh) Ok, aku ulang balik, aku nak story pasal aku gi kenduri kahwin hari tu. Kenduri kaaahwin okeeee. (Dah kenapa aku bold 'kenduri kahwin' tu ek?)

Jom kita terjah jom.


Okey pelamin yang tak berapa nak clear. Sapelah yang ambikkan ni. Eh aku ke? Hah, dan dan imsonia kan. Jap, betul kan imsonia kaan? Ke anaemia? Ke skizofrinia? (lantak) Arghh sejak cuti2 ni , cepat betul aku lupa. Kena makan minyak ikan kod balik ni (tetibe)

*Kepak kepak kepung kepung, kepak kepak kepung kepung* Buat pengetahuan. Ni bunyi kompang. Takde kena mengena dengan ayam mekdi mahupun kay ef si (sah kau lapor kan tetibe mention makanan muahaha) Haa ni lah pengantinnya. Sama cantik sama padan kan. Apa orang kata? Bak pinang dibelah dua gituu. Itulah yang aku belajor time sekolah rendah dulu. Hih kecik dah cerita pasal kahwin. Cemana tuu? Masalaah.



Sekali pandang aku nampak rupa Black tau. Dua kali pandang pulak aku nampak Faizal AF. Tiga kali pandang baru nampak muka dia. Hahaha. Rupa retiss betul tau dia ni. Hee no offense k ^^V



Ha ini pulak, Datin Kehormat yang telah dijemput hadir ke majlis tersebut miahaha (penyakit perasan aku memang tak boleh nak kurang kan -,-)



Sambil ambik gambar, sambil cuci mata. Sambil tengok contoh, sambil cari jodoh.
Dah kenapa cakap pasal jodoh. Perjalanan masih panjang untuk aku. Haha.
Relaks2 dulu. Sekarang kita tengok, dah sampai masa nanti baru kita cekup. (eh) lalala.



Ni free gift yang diberi kepada tetamu yang hadir malam tu. Free gift ke orang panggil ni? Ke giveaway? Tahlaah aku tak pasti. Tapi ni kira macam goodie bag lah, tapi ini dalam kotak kertas. So? Goodie box? Ah lantak. Janji korang tau apebendanya tu. Comel kan gambar tu? Takboleh tahan tengok kartun comel macam tu. Membuatkan aku nak jugak satu. (eh) k abaikan.

So, aku ucapkan tahniah kepada pengantin :) Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat :)

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dihatinya untuk dicintai. :)



P/s : senanya, dah lama dah kenduri kawin ni,aku je yang baru terhegehhegeh nak update hari ni. Cehh. Kemalasan terlampau dah ni. *pergi muhasabah diri dulu na na* Assalam :)


12 comments :

Cikpijaaa said...

hahaha. dh muhasabah dri ke blom? bg rajin ckit dri tuh :DD

wahida said...

cantiknya baju pengantin...putih berseri...


selamat pengantin baru buat kedua mempelai...

Nick Nashram said...

amik berkat daripada pengantin :)

emylase. said...

Hehehe :D

JR said...

Kpd yg belum kawin dan dah ada yg berkenan di hati, jgn tunggu lama2...

Dkna Abza said...

cute gift dia kasi :)

Nadiaafarhanaa said...

gift box comel :)

Katak Comel said...

owner blog ni ble lg???
ahaha

emylase. said...

Lalala, lambat lagi hehehe.

Anonymous said...

wah seronok g mkn kenduri ye. TQ ke blog KA. Dah follow sini juga 300

Anonymous said...

da lama x g makan kenduri..haha..

Unknown said...

wah g knduri
http://nurulnamasaya.blogspot.com/