"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

20 July 2012

Kehangatan kian terasa.


Soalan satu. Baca.
Bulat jawapan A.

Soalan dua. Teliti.
Huh? Tak mengerti.

Soalan tiga. Memahami.
Agak tak faham.

Soalan empat. Tenung.
Langsung tak faham.

Soalan lima. Berfikir.
Picit kepala.

Soalan enam. Baca lagi.
Pening.

Soalan tujuh. Tak sempat baca.
Tutup buku.



Trial dah dekat. Takut meh. Jantung mengepam 100 km/jam. Tak logik bukan. Tapi itu lah yang dirasa. Doakan saya buat yang terbaik ye. Syukran. Meh muah sikit, muah :)


Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum semua.
Lama rasanya tak menunjukkan muka.
Eh ada yang terasa kehilangan ke?
Wah terharu rasanya. haha.

Besok dah puasa. Bulan depan dah raya.
Eh belum puasa dah pikir raya.
Pssst nak cerita sikit, hari tu kan...
sekolah aku buat ceramah ihya ramadhan.
(ceh buat saspen je, haha)

So aku nak kongsikan la input yang aku dapat dengan korang.
Ada ilmu sorang-sorang pun tak best jugak ye dak?
hee. Aku nak kongsikan tentang jenis-jenis tahap puasa.
Apa maksud 'jenis tahap puasa' ni? Kita kaji sama-sama ye.

Tapi tapi kan... Aku tak berapa ingat la nama-nama dia.
Huhu. Bukan lupa, tapi tak ingat. Eh ada beza ke? err err..
So untuk mengatasi masalah ini, kita google sama diaaa.
Haha senang kan? Let's begin..

Terdapat 3 jenis tahap puasa :

Tahap pertama (aku masih ingat) iaitu Puasa orang awam.
Maksud dia : menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua (yang ni tak berapa ingat) : Puasa al-khusus. Tapi masa ceramah hari tu ustaz tu cakap Puasa ahlul khawas (rasanya laa, ingat-ingat lupa)
Maksud dia : menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa bagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.


Tahap ketiga (pun tak ingat sangat) : Puasa Khusus al-khusus. Tapi masa ceramah tu ustaz tu sebut Puasa ahlul maghrifah (lebih kurang macam tu la)
Maksud diamenahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.


Tegur jika ada kesilapan.
Untuk lebih penerangan : link
Rujukan dan kredit : link

Jadi, inilah perbezaannya. So kita ni tahap yang mana ye agak-agak? Capai tak tahap yang ketiga? Renungkan bersama. Harapnya kita mendapat keberkatan daripada Allah dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Amin.

Doa ketika bulan Ramadhan "Allahumma as'alukal jannah wa'au'zubika minnannar"

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.



03 July 2012

Emosi tak stabil?

Assalamualaikum.

Kediamanku. 7.33 malam.
Hujan lebat melimpah-limpah.
Langit gelap menandakan dah malam.

Diriku tertanya-tanya "Adakah aku menyanyi sakan tadi?"
"Bilakah?" "Dimanakah?" "Mengapakah?"
What the fish. Suara daku seindah anuar zain tau! Eh?

Lupakan tentang suara ku bak buluh perindu. Eh lagi?
Kita sambung pasal topik kerjaya pula.
Kerjaya ni luas. Bak kata astro 'Macam-macam ada'.

Mungkin ramai kalangan blogger dah ada kerjaya yang stabil.
But for students like me, mesti masih terfikir-fikir
apalah masa depan kita nanti, kan?

So, antara pilihan aku adalah... (macam pilihan jodoh pulakkan?)

1)  Pegawai bank 
Ehem ehem macam biasa waktu kecik setiap orang mesti teringin nak jadi macam their parents kan? So am I. Tengok dulu Ayahanda jadi pegawai bank, macam best. Tapi yang sebenar dipandangnya adalah status haha. Gila mata duitan aku kan? Kah kah.

2) Guru
Ehem ehem Bonda is a teacher. Dulu kerjaya ni lah yang first aku letak untuk cita-cita aku dalam buku rekod sekolah. Tapi sekarang zaman dah berlalu, aku rasa 'cikgu' doesn't suits myself. Because I'm not a good teacher kot hee. Maunya terbalik budak-budak kat sekolah tu. haha.

3) Akauntan
Yup. I dont know why but kerja dengan dokumen all that makes me hungry happy.

4) Engineer
Hah. Mimpi apa entah aku jadi engineer. Tapi okey jugakkan? "Its all about the money, money, money." Ops? Nyanyi sakan nampak? haha.

5) Tentera
Selamatkan negara. Sumpah best. Bila tengok filem "Battleship", semangat lagi berkobar-kobar. rasa nak nyanyi je lagu Negaraku setiap jam. Kau ade?

Oh tu je la kot. Kang list semua mau termuntah-muntah korang bacanya. Ini pun dah korang pandang pelik kat aku kan? Tentera? Are you kidding me? haha terseraaaah.

Itu lah aku kata ini semua emosi dan perasaan. Tengok cerita ni, nak jadi macam ni. Tengok World cup or euro, teringin nak jadi player football. Tengok cerita spiderman, nak try suntik hormone lelabah dalam badan. See? Sangatlah beremosi.

Mungkin orang tanya tanak jadi artis ke? Rettiss le. Tak payah artis sangat la. Sekarang pun guwa memang rettiss dah. Nampak-nampak? guwa berjaya mengembangkan baju guwa satu inci lagi. muahaha.

Tapi-tapi kan banyak banyak job kat dunia, dari dulu sampailah sekarang tak pernah aku terbuka pintu hati hatta pintu rumah sekalipun untuk menjadi doktor. Walaupun dari segi gelaran, nama aku memanglah amat sesuainya "Dr. Emilya" Mantap kan? haha, tapi memang aku tak berminat okey!

Tapi sape tahu masa depan kan? Orang cakap benda yang kita tak suka kadang boleh jadi suka dan sebaliknya lah. Tu yang aku tak berani cakap lebih-lebih tu. Hew, hopefully taklah. Tengok darah pun dah kedik kedik mata dah. leher tak payah cakap. rasa lain macam je. tapi dah dua orang tanya aku, "cita-cita doktor ke?"

Pelik. Muka aku muka doktor ke?



Sumpah tak langsung. Tension ah canni. Mencik!


01 July 2012

Euro 2012 apa cerita?

Assalamualaikum.
Langit tidak sentiasa cerah.
Pelangi tidak sentiasa muncul.
Kadang kadang diselangi hujan yang menimpa bumi.
Kadang kadang guruh turut sabung menyabung.


SEDIH GERMANY KALAH! :(

#Sumpah Euro kali ni paling tak best!
#Boo Italy!! (muahaha)
#Maafkan aku buat korang rindu kat aku erm erm.
#Aku pergi bertapa kat Gunung Everest melayan lara hua.


SEDIH TOMOK KELUAR :(

#Salah satu feveret selebriti masterchef aku dah keluar uwa uwa.
#Nasib Dr fazley dan Farouk tak keluar lagi.
#Kenapa aku emo sangat entah.

Tapi intro dengan entri macam takde kena mengena je?

Bye!