"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

03 July 2012

Emosi tak stabil?

Assalamualaikum.

Kediamanku. 7.33 malam.
Hujan lebat melimpah-limpah.
Langit gelap menandakan dah malam.

Diriku tertanya-tanya "Adakah aku menyanyi sakan tadi?"
"Bilakah?" "Dimanakah?" "Mengapakah?"
What the fish. Suara daku seindah anuar zain tau! Eh?

Lupakan tentang suara ku bak buluh perindu. Eh lagi?
Kita sambung pasal topik kerjaya pula.
Kerjaya ni luas. Bak kata astro 'Macam-macam ada'.

Mungkin ramai kalangan blogger dah ada kerjaya yang stabil.
But for students like me, mesti masih terfikir-fikir
apalah masa depan kita nanti, kan?

So, antara pilihan aku adalah... (macam pilihan jodoh pulakkan?)

1)  Pegawai bank 
Ehem ehem macam biasa waktu kecik setiap orang mesti teringin nak jadi macam their parents kan? So am I. Tengok dulu Ayahanda jadi pegawai bank, macam best. Tapi yang sebenar dipandangnya adalah status haha. Gila mata duitan aku kan? Kah kah.

2) Guru
Ehem ehem Bonda is a teacher. Dulu kerjaya ni lah yang first aku letak untuk cita-cita aku dalam buku rekod sekolah. Tapi sekarang zaman dah berlalu, aku rasa 'cikgu' doesn't suits myself. Because I'm not a good teacher kot hee. Maunya terbalik budak-budak kat sekolah tu. haha.

3) Akauntan
Yup. I dont know why but kerja dengan dokumen all that makes me hungry happy.

4) Engineer
Hah. Mimpi apa entah aku jadi engineer. Tapi okey jugakkan? "Its all about the money, money, money." Ops? Nyanyi sakan nampak? haha.

5) Tentera
Selamatkan negara. Sumpah best. Bila tengok filem "Battleship", semangat lagi berkobar-kobar. rasa nak nyanyi je lagu Negaraku setiap jam. Kau ade?

Oh tu je la kot. Kang list semua mau termuntah-muntah korang bacanya. Ini pun dah korang pandang pelik kat aku kan? Tentera? Are you kidding me? haha terseraaaah.

Itu lah aku kata ini semua emosi dan perasaan. Tengok cerita ni, nak jadi macam ni. Tengok World cup or euro, teringin nak jadi player football. Tengok cerita spiderman, nak try suntik hormone lelabah dalam badan. See? Sangatlah beremosi.

Mungkin orang tanya tanak jadi artis ke? Rettiss le. Tak payah artis sangat la. Sekarang pun guwa memang rettiss dah. Nampak-nampak? guwa berjaya mengembangkan baju guwa satu inci lagi. muahaha.

Tapi-tapi kan banyak banyak job kat dunia, dari dulu sampailah sekarang tak pernah aku terbuka pintu hati hatta pintu rumah sekalipun untuk menjadi doktor. Walaupun dari segi gelaran, nama aku memanglah amat sesuainya "Dr. Emilya" Mantap kan? haha, tapi memang aku tak berminat okey!

Tapi sape tahu masa depan kan? Orang cakap benda yang kita tak suka kadang boleh jadi suka dan sebaliknya lah. Tu yang aku tak berani cakap lebih-lebih tu. Hew, hopefully taklah. Tengok darah pun dah kedik kedik mata dah. leher tak payah cakap. rasa lain macam je. tapi dah dua orang tanya aku, "cita-cita doktor ke?"

Pelik. Muka aku muka doktor ke?



Sumpah tak langsung. Tension ah canni. Mencik!


10 comments :

Teenager Housemaid said...

teehee~~ comelnya dia...:)

erm, jadi engineer pun okey juga...
jadi akauntan banyak peluang...:)

Nick Nashram said...

cari doktor,,kalo demam senang ade orang nak ubatkan..huhu

Rhea Meera said...

Kalu jadi doc ok. Senyuman menawan. Pesakit sure cepat baik :)

Nur Emilya said...

Ahaha, harap takde patient yg jadi mangsa :P

Yumida said...

haha...jgn kutuk keje hb ku k...hehehe

Nur Emilya said...

sis Yumida,

huhu hb sis doktor ke? huhu untung la.

kalau saya jd doktor, entah la. takut patient jd mangsa haha seriyes tak minat doktor entahlaa.. susah kot -,-

..cik hana.. said...

sbb emilya comel tu yang sesuai jadi dooctor....senyum je terus terubat pesakit...hehehe..

apa2 pun gud luck for ur future okay! tak kisah apa pun pekerjaan kita asalkan kita ikhlas dan enjoy bekerja insyallah allah akan memberkati nya :)

Liza Razak said...

dulu masa kecik2..saya teringin nak jadi doktor...hikhik

Cik Retiss said...

ko keje yg melibatkan duit la emi..ko kan asyik sebuat duit dari awal entry..muahaha XD

LULU' LIYANA said...

ahaah . emy ,1 jea pesan aku ko jgn laa cgu coz nnt sure student ko tny " eh , kenapa awk x pkai uniform skolah ?" aaha. gurau2 jea wegh