"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

20 July 2012

Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum semua.
Lama rasanya tak menunjukkan muka.
Eh ada yang terasa kehilangan ke?
Wah terharu rasanya. haha.

Besok dah puasa. Bulan depan dah raya.
Eh belum puasa dah pikir raya.
Pssst nak cerita sikit, hari tu kan...
sekolah aku buat ceramah ihya ramadhan.
(ceh buat saspen je, haha)

So aku nak kongsikan la input yang aku dapat dengan korang.
Ada ilmu sorang-sorang pun tak best jugak ye dak?
hee. Aku nak kongsikan tentang jenis-jenis tahap puasa.
Apa maksud 'jenis tahap puasa' ni? Kita kaji sama-sama ye.

Tapi tapi kan... Aku tak berapa ingat la nama-nama dia.
Huhu. Bukan lupa, tapi tak ingat. Eh ada beza ke? err err..
So untuk mengatasi masalah ini, kita google sama diaaa.
Haha senang kan? Let's begin..

Terdapat 3 jenis tahap puasa :

Tahap pertama (aku masih ingat) iaitu Puasa orang awam.
Maksud dia : menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua (yang ni tak berapa ingat) : Puasa al-khusus. Tapi masa ceramah hari tu ustaz tu cakap Puasa ahlul khawas (rasanya laa, ingat-ingat lupa)
Maksud dia : menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa bagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.


Tahap ketiga (pun tak ingat sangat) : Puasa Khusus al-khusus. Tapi masa ceramah tu ustaz tu sebut Puasa ahlul maghrifah (lebih kurang macam tu la)
Maksud diamenahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.


Tegur jika ada kesilapan.
Untuk lebih penerangan : link
Rujukan dan kredit : link

Jadi, inilah perbezaannya. So kita ni tahap yang mana ye agak-agak? Capai tak tahap yang ketiga? Renungkan bersama. Harapnya kita mendapat keberkatan daripada Allah dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Amin.

Doa ketika bulan Ramadhan "Allahumma as'alukal jannah wa'au'zubika minnannar"

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.



6 comments :

hairy said...

salam ramdhan awak ;-)

Nur Emilya said...

selamat berpuasa jugak awak! :D

Nick Nashram said...

salam ramadhan jugak..dah siap baju raya ke :)

puteri kasih said...

selamat berpuasa yer :)

Yumida said...

nice sharing sis..salam ramadhan

Edy Fee said...

salam ramdhan.haha puasa wajib sudahh