"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

29 February 2012

Selamat Ulang 4 Tahun :D

Assalamualaikum :)


SELAMAT HARI LAHIRRRR

HAPPY BIRTHDAAYY

SANAH HELWAAAHH

SAWADEKAPPP (EH?)


HIHIII :D


Sape yang bufday tuu, meh la komen sikit.
(hihik)

Sape yang bufday tuu, meh nak wish sikit.
 (hihik)

Sape yang bufday tuu, meh kiss kiss pipi sikit. 
(yang perempuan dan tulen sejak azali eh, selain tuu tidak diterima) 

Sape yang bufday tuu, meh nak bagi hadiah sikit.
(eh ni macam tipu sikit. Tak. Tipu banyak sebenarnya)


HAHAA :D


Hari ini 29 haribulan Februari kan?
Tahun ni tahun lompat lah.
SO selamat ulang 4 tahun :}
Hoho.

BUT
Tak semestinya korang kena sambut 4 tahun sekali kan.
Korang still boleh sambut setiap tahun kan?
*kenapa banyak sangat 'kan' ni? -__-

Menggunakan kalendar Islam?
Berdasarkan tahun Hijrah?
Iaitu 7 Rabiulakhir ? Betulkan aku kalau salah.
Lebih berkat lagi kalau macam tu :)

So..

Selamat Hari Lahir. 
 
*eh macam takde perasaan je aku wish* :D


ps : Tadi Imam Muda Nazrul datang sekolah aku, tapi lenkali jelah aku apdate ye :)

26 February 2012

Kalau Terjatuh

Assalamualaikum :)
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib :)

Korang pernah terjatuh tak?
Agak tipu sikit kalau korang jawab tak pernah.
Dan kejadian itu sangat memalukan betul?
Dan bagi orang macho seperti aku,
itu tersangatlah tidak cool hahaah :P
So, jom kita belajar cara jatuh yang betul :D

Kalau tersepak batu
Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak.

Kalau terjatuh basikal
Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi hingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak bodoh. 

Kalau terjatuh tangga
Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

Kalau terjatuh longkang
Pungutlah sampah yang ada sambil marah - marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang prihatin terhadap kebersihan.

Kalau terjatuh ketika menaiki bas
Jeritlah kuat-kuat, "Woi, apa tolak-tolak ni?" Walaupun hakikatnya tiada orang di belakang anda.

Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin
Tariklah kawan (atau sesiapa sahaja yang ada di sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya takdelah anda seorang sahaja yang dapat malu. Betul tak?? :3

 
Hahahaha :D
Lepas ni masing-masing jatuh dengan bergaya lah nampaknya :D
Hahaa selamat mencuba dan selamat berjaya koranggg :P

23 February 2012

Tak pelik ke?

Assalamualaikum earthlings :)
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib :)

Adegan yang selalu kita buat, tapi bila pikir balik macam pelik aje?

1. Bila bercinta, pasangan kentut, dikatakan wangi.
Orang cakap bila dah dilamun cinta bf/gf kita tu buang angin pun kata harum. Arr excuse me? Kentut wangi? Haha Kau pakai petua apa? Kongsi sikit :D

2. Dah tahu, lagi mau tanya -_-
Nampak kawan kita tengah siram pokok bunga , pastu kita pegi tanya soalan agak kurang pandai, "Hey tengah buat apa tu?" Then kawan jawab, "aku tengah main tampar-tampar orang sekarang ni, nak join?"  oh tak mempasal saje kan. -_-

3. Susahkan diri sendiri
Bila taip password facebook ke twitter ke blog ke, bila salah je satu perkataan mesti backspace semua balik. Tak ke susah tu? Dan tak disangkalkan aku adalah antara yang menyusahkan diri sendiri arr -_-"

4. Tidor petang, bila bangun hilang ingatan.
Kita tidur waktu petang, pastu bila bangun je dari tidor, mesti termenung kejap pikir "Ni petang ke pagi ni?" Haha tidur tak engat dunia gini leh :P

5. Tanya lain jawab lain
Orang tanya "sekarang pukul berapa", tapi dia pergi jawab "setengah jam lagi balik sekolah" oh sabarlah duhai hatiku.



p/s : aku tau mesti ada yang sentap? Tahu tapi itulah tujuan ku haha lariiii :P


18 February 2012

Dugaan yang datang tak dapat kita bayangkan.

Assalamualaikum korankkk :)
Hoho, lama aku tak apdate dan
aku rindu sangat korankkk *muka serius*
Haha neway, hari ni aku rasa nak menulis dah harhar.
Sebab apa aku tak apdate? Antara malas dengan busy,
aku tak tahu nak pilih yang mana haha.
Hmm, cakap lebih pun tak guna kan, jom layan.


Pada suatu hari.....
Watak utama : Encik Amir (nama tersangatlah skemanya)

Tiba-tiba,
 sila percaya jalan raya tu jalan raya yang tersangatlah sibuk.

Dia pun pegi kat pakcik tu,

Sesudah melintas,

Tiba-tiba,

hidup mula diuji,



Bila kita nak berbuat baik, tapi masalah pulak menimpakan.
Kadang-kadang susah jugakkan?
Kita ikhlas nak tolong orang, alih-alih kita pulak terkena balik.
Haa abis acane tu? 
 
Kita tak tau hati orang kan? Rambut je sama.
Sebab tulah, kalau kita nak menolong, kena beringat-ingat.
kita tolong-tolong jugak, tapi berhati-hati.
Tapi janganlah bila dah terkena macam ni 
terus boikot taknak tolong orang dah.
Eh jangan la cantu. Itu tak ikhlas namanya.

Kita anggaplah itu satu ujian daripada Allah yang Maha Esa :)
Apapun, serahlah semua kepada-Nya kerana Dia yang lebih mengetahui :)
-
-
-
-
-
-
ps : Maaf, watak dalam cerita ini terpaksa dibotakkan atas sebab kegawatan ekonomi.
ps2 : Maaf lagi, kalau tak paham lukisan, buruk ye.

please jangan boo aku ha ha ha.

13 February 2012

Mari semua :)

Assalamualaikum :)


Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah,
Marilah menunaikan solat,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan selain Allah.


Dengar sudah seruan Allah pada kita untuk,
tunaikan kewajipan kita sebagai orang mukmin :)
Jadi jangan melengah-lengahkan solat, JOM SOLAT! :)
Semoga kita sama-sama mendapat keredhaanNya :)


11 February 2012

THE OH!SEM TAGLINE CONTEST!!

Assalamualaikum semua :)
Today nak join contest lagi,
dan contest ini bukan contest calang-calang okey!
Nampak tajuk kat atas?

THE OH!SEM TAGLINE CONTEST!!

Tahniah anda belum rabun! ngahaha :D
Nama contest pun dah awwsem kan? Heuu teruja kah kah :P 
Nak tengok barang-barang yang dijual kat sini --> http://kedaikiz.blogspot.com/
Bontang tak bontang mata ? Haa banyak cantik-cantik maa :D
So,kalau nak join contest ni boleh lah terjah di sini pulak :)
Anyway, contest ni boleh join melalui blog mahupun facebook,
so I lebih prefer blog sebab I suka melalut lebih eh okey gurau :D


Untuk meraelisasikan *eh camna nak eja ni* syarat-syarat penyertaan, presents you the ohsem tagline : 

Penampilan diri menjana keyakinan,
Kedai Kiz memberikan sinar harapan.

 Ohsem tak ohsem, tak tahu lah, just mencuba.
Tak cuba maka tak ohsem :D #ke? ha ha.
Neway lengkap laa sudah syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan :) Okbye :)