"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

01 April 2012

MALU OH

Assalamualaikum lalink lalink ku :p
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib :)

Pernah malu tak ? Tak pernah ? Korang tipu kbye!
Hehe. Setiap orang mesti pernah melalui adegan yang memalukan, betul?! Hee.


Salah orang.
'Catalyst' kita menang satu pertandingan tu. Pastu kunun nya nak sorak lah kan untuk dia, tapi rupa-rupanya salah orang, oh man rasa nak tumbuk je muka sendiri. Kawan pulak dok bising "woi kau dah salah orang, kau dah salah orang". Bukannya reti nak cover untuk aku, benci! :p

Terjatuh.
Kita ternampak 'catalyst' kita, so kita pun bajet ayu lah kan secara tibe tibenya haha. Pastu, secara tibe-tibe jugaklah ada air kat tempat yg kita jalan tu. And yes indeed, kita jatuh secara tibe-tibe jugak. "Kedebukk" bunyi dia, and 'catalyst' kita tu dapat tengok show free je kan. Deng.

Orang lain.
Kita tengah jalan-jalan, lepas tu, ada orang panggil nama kita. Kita pun tengoklah orang tu, sambil cakap "Apa?" Pastu orang tu pakat jawab balik, "Apa?" sambil buat muka innocent pulak tu. Aii sape tak panas hati kan? Rupa-rupanya, orang tu panggil orang lain yg sama nama ngan kita muahaha. Ni yg susah ada nama femes ni, sume nak nama sama ngan kita jugak kah kah :p

Tengok drama feeling habis.
Layan cite korea, romantik pulak tu, tapi endingnya, hero takpun heroin mati. Apeke typical sangat cite macam ni? -_- Tapi dah nama pon perempuan kan? Nanges laa. Tapi malu kot taiko macam wa nanges, so sebagai langkah berjaga2 wa letak tuala atas kepala, kononnya rambut basah laa walhal nak cover bila part nanges muahaha.

Salah masuk.
Pergi shopping, pastu dah habes shopping pergi nak balik ke kereta la kan. Tapi boleh pulak ada kereta yg sama dekat-dekat. Pastu tanpa tengok plat terus je masuk, dan akibatnya kita tersalah masuk kereta. Gosh malunya. Tapi aku belum pernah kena lagi setakat ni, alhamdulillah :)

Tak perasan.
Lumrah wanita. Pabila terserempak bersama 'si dia' yang bernama 'cermin' walaupun cermin kereta sekalipun, mulalah menggatal nak betulkan tudung lah, touchup makeup laa. Kita sebok tengok muka kita sendiri, lama pulak tu. Tetibe cermin tu turun, orang dalam kereta tu cakap "Dik, dah habes cantik dah tu." Padahnya. Arghh malu siot! HAHA. Lain kali cek sepulo kali ada ke tak orang dlm kereta :D


So, pernah tak mengalaminya? Ke tak pernah? Ke aku sorang je yang suka memalukan diri aku ni?  Ke.... ahh sudahlahhh.

Mood : Rasa nak buat tembok batu je kat muka sendiri. Malu tak terkata dah ni.

Oh ye lupa pulak, 'Catalyst' tu merujuk kepada 'crush' lalala, alamak malu la malu la muahaha :p