"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

21 February 2013

Wordless ke Speechless?






Nokia sentiasa berusaha untuk tidak mengecewakan hati sesiapa.

I love you Nokia.

Hahaha.






p/s : Idea semua lost hilang entah ke mana. Kena cari balik kat celah celah otak ni, duhh.



19 February 2013

Bahayanya Linkwithin

Assalamualaikum, hai!

Semua blogger cakap pasal kelebihan linkwithin kan? Dapat tingkatkan trafik blog. Dapat tarik lagi ramai pembaca. Dapat naikkan followers. Dapat bla bla bla dan blaa. Okey, semua tu kelebihan linkwithin.

Ni meh aku cerita bahayanya linkwithin pulak.
Linkwithin ni bahaya bila terdapatnya perbezaan penulisan korang dulu dengan sekarang.
Berbeza faham?
Dulu tak matang, sekarang dah matang.
Dulu ayat sms, sekarang ayat buku teks.
Dulu entri tak serius, sekarang entri super serius.
Dulu tak best, sekarang dah best.
Dulu entri tah hapehape, sekarang entri superb superb.
Dulu entri merepek, sekarang entri menarik.
Dulu entri sukasuka, sekarang entri ramai orang suka.

Jadi mesti rasa pelik baca entri lama kan? Tapi bila linkwithin ni ada, oleh itu entri korang yang duludulu yang tak menyeronokkan tu, serta merta akan disiarkan semula, diulang tayang oleh si linkwithin ni. Nampak tak permainan dia? Betapa jahatnya linkwithin ni mihmihmih.

Hahaha, itu je bahaya dia. Takdelah bahaya apa pun hahaha. Relaks takyah lak korang pergi buang linkwithin korang tu. Elok elok trafik tinggi terus turun nanti. Lepas tu, aku jugak yang salah huh.


Pssst, tu sebabnya aku ni takletak letak linkwithin kat blog ni. Aku malu weh malu nak baca entri aku lelama dulu. Macam apa je. Nanti setahun akan datang, entri ni pun aku malu nak baca agaknya. Ye lah bila usia meningkat , tahap pemikiran sesorang tu lain. Kan ?


15 February 2013

Segmen Menang RM200 by Putry Amirah

Assalamualaikum! Hai :)
Prrgh wa join segmen lah hari ni. Hoho.
Kerana hadiah yang memang awesome, makanya aku join lah,
di samping syaratnya yang amat simple mimple.
Korang nak join? Eh join je laah.
Takde akta yang tidak membenarkan korang join sekali.
Heu heu. Apalagi? Jommmm.



Setelah wa ikut syarat syarat tertera, pheww wa kagum sikit dengan diri.
Sebab wa ni bukan jenis ikut syarat hahaha. Pakai taromm je.
Jadi Alhamdulillah wa telah patuh syaratsyarat nya. Bismillah ~


p/s : Doakan aku menang yaww ? ihikss.


13 February 2013

Meriahnya

Suasana di rumah.
Jam 11 malam.

Hiiiiiik...... pomm......
Hiiiiiik........pomm......

Ye lebih kurang macam tu lah bunyinya.
Bunyi bunga api entah mercun ke bertalu-talu di sini.
Haha gua tak tau bunyi bunga api cemana. Lantak.




Moga tak berlarutan hingga pagi.
Kalau tak, habislah tidur gua tak lena, mimpi tak indah.
Mimpi tanpa Zain Hakimi bersama. ehh.
Ohmai ohmai pengaruh tv gila melampau. Demm.

Yang ada cuma bunyi letupletup dalam mimpi gua,
Yang gua sangkakan mercun pop-pop yang adik gua main masa hari raya.
Kejadahnya. Habis ghosak mimpi gua arghh.


P/s : Tetibe je akal dan minda gua teringat zain hakimi.
Dah kenapakan. Argh Rindu gilak cerita setia hujung nyawa.


12 February 2013

Sangkaan tersasar

Assalamualaikum. Hai.

Nak cerita ni, pengalaman aku yang paling aku tak boleh lupa dulu.
Seriusly pengalaman ni amat mengajar aku untuk masa akan datang.
Dan aku harap korang ambik pengajaran jugak ye.

Okeylah, drama ni berlaku dah lama daah. (eh takpayah nak drama sangat lah)
Masa tu, aku dengan mem besar (ibu aku) pergi shopping di sebuah mall.
Nama mall dirahsiakan demi menjaga nama baik masingmasing kahkah!
K berbalik cerita sebenar, lepas aku and mem besar habis cari barang,
Kitorang pun nak pergi bayar lah kan. Sementara cashier tu scan harga apa semua,
aku pandanglah sekeliling situ untuk menghayati suasana kan haha.
Rugi wey tak cucicuci mata kat situ. Ramai gilak manusia wa cakap lu kat situ.

So, sementara merehatkan mata aku ni, tetiba aku ternampak sorang pakcik ni.
Rasanya dia seorang guard sebab dia pakai baju cekelat guard tu. *i guess la*
Tengah aku terpandang dia, tiba tiba aku nampak dia kenyit kenyit mata kat aku.

And I was like "omen, bala apa ini? Omg omg"" Eh k over.
Lepas tu aku terus pandang tempat lain, tak sanggup aku nak tengok pakcik tu.
Budak kecik pun try adeke patut. Haha. Pelik betul aku. Serius pelik.
Nak kata cantik tu memang taklah, tapi manis tu adaaa hahaha. K tak lawak.

Sambil aku melayan kepelikan aku, kitorang pun nak belah dari situ.
Okey lepas tu aku trylah pandang pakcik tu sekali lagi,
Lepas tu..... cuba try teka apa yang aku nampak?
Eh takpayah jawab, aku kat sini bukan nak main tekateki dengan korang.

Guess what? Pakcik tu kelip mata lagi. Tapi bukan ke arah aku lah.
Arah lain. Dan aku tengok takde sesiapa pun kat situ.
Arghh sia sia je aku kutuk dia tadi. Free free je pahala aku bagi dia kan?

Ke korang tak paham lagi apa yang aku cuba sampaikan?
Maksud aku, mata pakcik tu memang kelip2 macam tu.
Bukan dia kenyit mata ke apa macam yang aku sangkakan tadi.
Memang mata dia dah macam tu kot, aku tak tau laah.

Hahaha, dan lepas je aku perasan tu, aku terus gelak kat situ jugak.
Tapi takdelah sampai gelak gilagila sampai orang ingat aku gila.
Aku cuma rasa kelakar sangat sebab aku berprasangka secara melulu. Haahaha.
Dan sampai sekarang aku masih tersenyum mengingatkan kejadian tu.

Apapun kesimpulan cerita ni,


SUSAHNYA NAK BERSANGKA BAIK !


Haha, korang tengah tahan gelak ke? Ke dah bersepai gelak?
Takpayahlah tahantahan, gelak je, aku izinkan kahkah.
Tapi jangan pulak korang pandai baca je, ambik pengajaran ok!
Letih aku update entri yang memalukan diri aku ni tau hahaha.
*tengah gelak malu* :* Adey, jadi kepada adikadik di luar sana jangan ikut macam akak ni,

SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA SEMUA ORANG SELAGIMANA MEREKA TAK MEMBAHAYA DIRI KITA.

Sebab kadangkadang kalau kita terlalu bersangka baik pun,
Orang lain pulak cuba mengambil kesempatan ke atas kita.

So, pesanan akhir, berhatihati dijalan raya. ehh.
Berhati-hatilah tak kira di mana. Peace!


06 February 2013

Ni pesanan

Assalamualaikum. Hai!

Aku rasa nak gelak laju-laju je bila baca ni. Haha.
Baca baca jangan tak baca. Tapi aku takdelah nak paksa.
Kang korang kata aku diktaktor. *cemana ke nak eja diktaktor neh --?*
Sambil baca, kita fikirlah sendiri yang tersirat , tersurat mahupun yang berselirat. eh.
Takkan itupun aku nak ajar, ceh apadaa.






Kliklah untuk tumbesaran yang sihat. Aku lupa laa nak bagi nutrient dekat gambar niii.









Dan last sekali, yang paling rasa tersentak, tersentap, tersen-touch atau banyak lagilah yang buat korang rasa macam pedih ulu hati, heuheu.



Tersentap? Sentap sekarang takpe lagi sebab boleh perbaiki.
Kalau sentap bila dah tak berdaya nanti, takboleh buat apa dah.
Selamat Beramal :)