"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

15 March 2013

Ubat ke?

Assalamualaikum, hai!

UBAT. Sape tak pernah makan ubat?
Boleh kerat jari lah kan kalau ada yang tak pernah makan ubat.
Unless yang tak normal tu, sebab tak pernah sakit. Haha.
Tapi ada ke? Tak percaya aku. Even doktor pun pernah sakit la.
Takyah nak kelentong sangat.

Anyway, tadi hanya mukadimah. Haha.
Kalau dalam exam, aku dah dapat 2 markah sebab dapat tulis pendahuluan dengan jayanya. Ohyeh! Rasa bangga pulak. *tetibe* Hehe.

Sebenarnya , aku nak cakap pasal ubat tapi bukan ubat.
Serius, ayat aku belit belit kan? Duh.
My point is, several things yang BUKAN ubat but we called it 'ubat'.
Tak percaya? Takpe, aku ada beberapa bukti untuk dilampirkan untuk menyokong hujah-hujah aku!
Ha, ada gaya lawyer tak? Ke Karam Singh Waliya yang hampir karam?
Haha, k yang pasti bukan lawyer. Cis.

Bukti - buktinya :

UBAT NYAMUK
Sejenis benda yang dicipta untuk membunuh nyamuk, tapi dinamakan 'ubat nyamuk'.
No wonder, nyamuk bertambah banyak kat rumah aku. Huh.

UBAT STAPLER
Aku panggil isi dalam stapler tu, as 'ubat stapler'. Haha sedangkan nama sebenar dia adalah 'dawai kokot'. Punyalah sedap namanya. Tapi tergeliat lidah aku nak sebut. So, simple = Ubat Stapler. Har har.

UBAT TIK TIK
Okey, bunyinya sangat hilarious. Tik - Tik, atau lebih dikenali, 'ubat pensel mekanikal'. Kenapa panggil 'tik-tik' ? Serius wa tak tau. Dari kecik dengar kawan sebut cenggitu, ikut je la. Mungkin bunyi dia sounds like 'tik-tik' kut. Haha. Apesal panggil ubat? Haram la aku tak tau.

UBAT GEGAT
Yes, ubat gegat yang rupa macam ceklat mentos tu. Serius, masa kecik dulu, rasa macam nak makan je, nasib aku ni jenis yang paham mak cakap itu-bukan-coklat. Haha, kalau tak memang selamat dalam perut aku, dan aku pun selamat masuk sepital. Kahkah. Panggilannya memang ubat, tapi takboleh makan k!

UBAT GIGI
Okey lah, yang ni boleh dimaafkan. Sebab dia macam ubat yang menjaga gigi kita daripada kaviti. Ceh, entah betul entah tidak aku pakai tulis je. Maklumlah aku belum khatam dalam bidang tu. Haha. Tapi still takleh makan yea.

Cukup lah 5 hujah tu je. Cewaa hujah la sangat. Geli pulak tali perut aku baca.
Apepun, ni sekadar panggilan. Nama saintifiknya, malas pulak aku nak search walaupun google telah dicipta lama dah.
Haha. Rasa macam nak backspace je status tadi.
Terserlah pulak kemalasan aku sekarang ni. Duh.

Anyway, korang panggil benda2 atas ni sama macam aku jugak ke?
Ke aku je yang kampung sangat?! Sobs.

Psst : yey, emablog dah cop 'tempat' 333. Thanks kakak! :) Kasi klik sikit blog dia okeyh!


11 March 2013

Liar

Assalamualaikum. Hai.
Tajuk entri dibaca dalam bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu.
Harap maklum. So, 'liar' means penipu, pembohong dan etc.
Contohnya, korang nak ponteng kelas tapi cakap dengan cikgu nak pergi tandas.
Haha, sape tak pernah buat masa sekolah dulu, wa tabik sama lu ! Kahkah.

Nak cerita pasal orang bercinta ni.
Orang bercinta selalu menipu kan? Betul ke ?

Q : Wei, tengok, handsome kan mamat tu ?!
A : Eee, pleaselah, ko tengok guna lutut eh, teruknya taste kau!

Q : Wei, dia tu baikkan? Gentleman je aku tengok. *suka*
A : Baik amendenya. Kalau dia ni jenis yang suka tolong tahankan teksi saja-saja untuk orang ke, tolong buangkan sampah jiran ke, tolong baiki paip tandas awam ke, boleh jugaklah aku kata dia baik.
Q : Amende ko ni ???

Q : Wei, dia tu beruntungkan, dah lah pandai , kaya pulak tu.
A : Pandai? Cikgu lagi pandai. Kaya? Bapak dia yang kaya bukan dia.

Q :  Asal ko tak suka dia ha ?
A : Mana ade aku tak suka dia ?!
Q : So kau suka dia lah ni ?
A : Mana ada aku suka dia ?!! Never.
Q : Dah tu, asal ko asyik kutuk dia je?
A : Mana ada aku kutuk dia!
Q : Haiii apa apa je la kau ni.

Ni sekadar CONTOH. takde kena mengena dengan sesiapa.
Tapi selalu aku tengok adegan seperti ni. Tak kira novel, cerita, drama, mahupun dunia nyata.
Mulut kata BENCI, tapi hati kata SUKA.
Orang bercinta memang camni ke ?
Aku tanya sebab aku tak pernah mengalaminya heuheu.


 
Kalau dah macam ni lelaki atas ni, takkan nak cakap tak handsome lagi ye dak? 
Nampak sangat nipunya. kakaka.
 Sape berani cakap dia ni tak handsome, meh bak sini nombor tepon.
Sebab, mesti orang tu lagi hensem dari si Izzue ni. hahaha.
Meh le kita balas sms. Eh orang sekarang whatsapp je ye dak? 


Tapi most of all, yang penting HATI. Cantik dalaman, cantiklah luaran kan.

p/s : Tak sabar nak tengok drama baru Izzue yang akan bergandingan ngan Tiz Zaqyah.
Novel dia best, harap drama pun best macam Setia Hujung Nyawa.

p/s : kenapa aku melilau pergi promote si Izzue ni pulak hahahaha.



09 March 2013

Penunggu

Assalamualaikum, hai!
Wah wah 2 weeks ago katako. Lama siaa tak update.
Takpelah, benda yang lepas jangan dikenang haha.
Ada tak yang lupa aku? Mesti ada punya. Rindu? Takyah tanya.
Sudah ku ketahui jawapannya. Memang serius takde! Zzzzz.

So takyah lah nak interbiu aku kemana menghilang,
sebab alasan dia kemain panjang nanti taktidur baca karang.
Rentikan le.

So tukar topik lain.

Sebuah penantian? Orang kata ia amat memeritkan.
Terjadi pada aku tapi lebih kepada penungguan.
Ade ke sejenis perkataan penungguan? Haha.

Pada suatu hari tu....

Pergi ke kaunter. Berbaris. Tunggu.
5 minit. Tunggu. 10 minit. Tetap menunggu. 15 minit. Menunggu lagi.
Setelah 20 minit menunggu, barulah tiba giliranku.
Pheu, ingatkan giliranku takkan kunjung kunjung tiba. *sigh*
Setelah urusan selesai di kaunter, perlu pergi ke sebuah tempat lagi untuk urusan lain.

Ye, perlu menunggu lagi, situasinya tetap sama cuma tempat sahaja berbeza.
5 minit, 10 minit, 15 minit, 20 minit. Aku tetap sabar menunggu.
Setelah selesai urusan disitu, aku perlu pergi ke tempat lain pula.

Urusan yang pertama tadi perlu dilakukan semula.
Dan menunggu tetap menjadi aktiviti aku hari itu.
Berapa minit? Kali ini lebih lama. 20 minit? 25 minit? 30 minit?
Ahh, itu semua poyo. Yang pasti 40 minit di dalam genggaman ku.


Hari itu memang mengajar aku erti kesabaran, erti penantian dalam sebuah kehidupan. Benarlah orang kata, penantian itu sejenis penyeksaan. Kalau ikut hati jahat ni, memang dah mengamuk ala ala incerdible hulk tak siap gitu. Haha, tapi dalam bayangan je lah, nak buat buat betul haromm je laa kan kahkah. Tapi, aku tetap bersabar walaupun perkhidmatan yang diberi teramatlah menguji diri aku yang langsung tak sabor ni *sigh lagi* Aneway, nak merungut tak boleh rasanya, so terima je lah perkhidmatan kelas 'A' yang diberikan (katanya).


p/s : oh lupa nak bagitau. Sebenarnya, aku perasan takde laa ramai orang pun kat situ, tapi kenapa tunggu nya punya lama ye? Zzzzzz. Sabar je la.