"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

15 March 2013

Ubat ke?

Assalamualaikum, hai!

UBAT. Sape tak pernah makan ubat?
Boleh kerat jari lah kan kalau ada yang tak pernah makan ubat.
Unless yang tak normal tu, sebab tak pernah sakit. Haha.
Tapi ada ke? Tak percaya aku. Even doktor pun pernah sakit la.
Takyah nak kelentong sangat.

Anyway, tadi hanya mukadimah. Haha.
Kalau dalam exam, aku dah dapat 2 markah sebab dapat tulis pendahuluan dengan jayanya. Ohyeh! Rasa bangga pulak. *tetibe* Hehe.

Sebenarnya , aku nak cakap pasal ubat tapi bukan ubat.
Serius, ayat aku belit belit kan? Duh.
My point is, several things yang BUKAN ubat but we called it 'ubat'.
Tak percaya? Takpe, aku ada beberapa bukti untuk dilampirkan untuk menyokong hujah-hujah aku!
Ha, ada gaya lawyer tak? Ke Karam Singh Waliya yang hampir karam?
Haha, k yang pasti bukan lawyer. Cis.

Bukti - buktinya :

UBAT NYAMUK
Sejenis benda yang dicipta untuk membunuh nyamuk, tapi dinamakan 'ubat nyamuk'.
No wonder, nyamuk bertambah banyak kat rumah aku. Huh.

UBAT STAPLER
Aku panggil isi dalam stapler tu, as 'ubat stapler'. Haha sedangkan nama sebenar dia adalah 'dawai kokot'. Punyalah sedap namanya. Tapi tergeliat lidah aku nak sebut. So, simple = Ubat Stapler. Har har.

UBAT TIK TIK
Okey, bunyinya sangat hilarious. Tik - Tik, atau lebih dikenali, 'ubat pensel mekanikal'. Kenapa panggil 'tik-tik' ? Serius wa tak tau. Dari kecik dengar kawan sebut cenggitu, ikut je la. Mungkin bunyi dia sounds like 'tik-tik' kut. Haha. Apesal panggil ubat? Haram la aku tak tau.

UBAT GEGAT
Yes, ubat gegat yang rupa macam ceklat mentos tu. Serius, masa kecik dulu, rasa macam nak makan je, nasib aku ni jenis yang paham mak cakap itu-bukan-coklat. Haha, kalau tak memang selamat dalam perut aku, dan aku pun selamat masuk sepital. Kahkah. Panggilannya memang ubat, tapi takboleh makan k!

UBAT GIGI
Okey lah, yang ni boleh dimaafkan. Sebab dia macam ubat yang menjaga gigi kita daripada kaviti. Ceh, entah betul entah tidak aku pakai tulis je. Maklumlah aku belum khatam dalam bidang tu. Haha. Tapi still takleh makan yea.

Cukup lah 5 hujah tu je. Cewaa hujah la sangat. Geli pulak tali perut aku baca.
Apepun, ni sekadar panggilan. Nama saintifiknya, malas pulak aku nak search walaupun google telah dicipta lama dah.
Haha. Rasa macam nak backspace je status tadi.
Terserlah pulak kemalasan aku sekarang ni. Duh.

Anyway, korang panggil benda2 atas ni sama macam aku jugak ke?
Ke aku je yang kampung sangat?! Sobs.

Psst : yey, emablog dah cop 'tempat' 333. Thanks kakak! :) Kasi klik sikit blog dia okeyh!


26 comments :

Nastyna said...

Kalau telan ubat-ubatan yang disebut, confirm sembuh segala penyakit kan. haha

Nisa Hussin said...

dah terbiasa kot ikut org sekeliling.. saya mengaku saya juga mengalami dilema yang sama haha kenapa dipanggil ubat?kenapa? xD

Yumida Huda said...

ubat tik tik tu 1st time dgr..meh kasi nyamuk kuat..kita kasi ubat nyamuk!

nik ros said...

ubat lain pernah dgr. ubat tik tik tu tak pernah dgr.

Amanina said...

Hahaha..memang confem ubat2 nie tak boleh dimakan

Cinta Misteri said...

ubat rindu.....
klau kena travel jauh2, msti rindu ank2 & hubby. ubatnya....wasap, skype, wechat, zolo, dsb...

Mira Maisara said...

mase kecik pon rase geram tengok ubat gegat.. nak nak lagi yang berkaler pink tu..haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

samalah kt pggl ubt stpler.. bru tau nama sbnnya..haha

Nick Nashram said...

hahah..ubat stapler tu dah terbiasa pggl..nk pggl dawai kokot takut org x phm pulak.

the malay male said...

mcm2 jenis 'ubat' huhu

Hans said...

1st time ku dengar ubat tiktik
hahahaha

afzalsukasuki said...

apsal ubat tik tik?dulu time sekola panggil ubat pensel tekan.kang tik tik.. macam hujan plak bunyiknya :D

Myra Jay said...

Hehee, memang nama ubat2 tu la yg masih disebut hingga kini..

Crew Fathi said...

Ubaattt.. ohh ubattt... Macam2 ubat ada..
mai2 beli mai... muehehehe =p

boni kacak said...

ubat tik tik tu first time dengar panggilannya tu..hahahaha.. yang lain pernah dengar..hehe

Ema Blog said...

ingatkan ubat tik tik tu ubat utk titik kat dalam mata

iAmCekbolat said...

hahaha sama lah . ubat segala ubat _ _'

Cik Fiza Comel said...

hahaha. ubat tik tik tuh x penah dgr pon. hee. yg laen sama je panggilannya. :DD

4feet8 said...

hehe...adik saya sejak bila dia makan ubat, habis satu badan anik geggata, dia dah tak makan ubat biarpun demam.. alergik ubat.

Nur Emilya said...

@4feet8 : alla kesiannya dia. Cemana dia baik kalau dia sakit nanti eh.

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sghh mlm ya =)

Aety Hassan said...

Salam kenal buat Emilya.. Saya BW dr blog Miss Banu ; segmen teka teki pelakon si Merlin tuh.. he3.. Dtg sini n terus jd ur new follower.. Nice blog ^_^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ubat tik tik bru pestime dgr hihi

Encik H said...

sy x panggil ubat stapler..sy mmg panggil "dawai kokot"

contoh dialog: "kak ida, tolong amikkan dawai kokot kat dalam kotak tu"

hehehe..comel jer sebut dawai kokot..

afzalsukasuki said...

adik spm dapat berapa?dah apply u ke?

hana hadi said...

ok:)
ubat tik tik sangat lawak. boleh plak kita panggil tik tik kan, pencel tiktik haha. adoi..