"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

31 January 2013

Idea Is Precious



Dear Brain,


ni bukan otak aku. gile apa nak printskrin otak sendiri.
so gua mintak tolong google yang baik hati wee :)


Y U NO IDEA !? 


K dah 2 hari aku tak update. Okok aku tau.
Bukan apa, aku tak tau nak update apa. Ok aku tipu.
Sebenarnya, berkepulkepul jugak idea yang keluar daripada
otakku yang jinius ni. <-- kenapa aku eja 'genius' jinius ni? --'

Tapi tapi disebabkan gua pakai internet menggunakan broadband,
so gua agak stress untuk meng-update blog. Kenapa?
Ehemmm, meh gua stori. Korang kira berapa hari bulan sekarang?
Hujung bulan kan sekarang? Korang fahamfaham je laa. ey.
Sesiapa yang senasib dengan gua akan faham perasaan gua macam mana hoi.
*dah kenapa gua bergua-gua ni*

So bila ada idea je, gua tak boleh nak update sebab internet macam haghom.
Apepun gua redha dengan nasib gua. Harap ada yang simpati dengan gua dan,
seterusnya men suggest kan blog gua ni masuk Bersamamu. ehh. dem.



p/s : yes! gua update jugak hari ni ohyeh! gua tau korang miss gua.
      (sekali lagi angkut bakul sendiri. hm)

p/s II : hati tengah stress tu yang bergua-gua tuu. Nak tunjuk taf lah kononnya ptuih.



29 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu

Assalamualaikum.
Pergh lama rasanya aku tak join segmen ke GA ke contest ke ke giveaway ke (ok enaf enaf)
Setelah memaksa diri aku untuk join contest ni (itupun setelah berpikir doplopatjam)
aku dapati contest ni tersangatlah simple ceritanya kalau nak join. Hihi


tekan sini untuk join
Simple is not impossible. Simple doesn't make you trouble.
Simple is like you picit pimple. Simple is simple simple.

(eerrr) dah kenapa macam poem tingkatan 3 pulak ni (,")
Okey , jelaslah segmen ni memang senang macam kau gigit kuaci kan.
Haha,apsal laa asyik cakap simple ni?
Sebenarnya, just nak ajak korang join sekali ni jomlaaah. muehehe
Tapi aku rasa semua dah join kan? Aku je yang terhegehhegeh baru nak join hari ni waa.
Nampak sangat aku tertinggal ketapi ni heh.

Disamping kita menambah followers, di samping itu jua kita beramah mesra tak gituu.
Ayat paling famous dalam karangan spm "mengeratkan lagi hubungan silaturrohim"
Tak caya? Trai lah cek. Sebabnya aku selalu buat dalam karangan aku kahkah.


P/s : Don't judge the blog by its followers okeh ! :)

28 January 2013

Jalan jalan cari jodoh.

Assalamualaikum.
Setelah memaksa para pembaca membaca entri yang sama buat dua tiga hari ni (haha) makanya aku pun update lah hari ni kan. Endahkan sahaja tajuk entri sebab tajuk tu memang tak boleh blah.

Senanya, aku nak story pasal aku gi kahwin hari tu. Eh kejap, aku rasa macam salah je (eh) Ok, aku ulang balik, aku nak story pasal aku gi kenduri kahwin hari tu. Kenduri kaaahwin okeeee. (Dah kenapa aku bold 'kenduri kahwin' tu ek?)

Jom kita terjah jom.


Okey pelamin yang tak berapa nak clear. Sapelah yang ambikkan ni. Eh aku ke? Hah, dan dan imsonia kan. Jap, betul kan imsonia kaan? Ke anaemia? Ke skizofrinia? (lantak) Arghh sejak cuti2 ni , cepat betul aku lupa. Kena makan minyak ikan kod balik ni (tetibe)

*Kepak kepak kepung kepung, kepak kepak kepung kepung* Buat pengetahuan. Ni bunyi kompang. Takde kena mengena dengan ayam mekdi mahupun kay ef si (sah kau lapor kan tetibe mention makanan muahaha) Haa ni lah pengantinnya. Sama cantik sama padan kan. Apa orang kata? Bak pinang dibelah dua gituu. Itulah yang aku belajor time sekolah rendah dulu. Hih kecik dah cerita pasal kahwin. Cemana tuu? Masalaah.



Sekali pandang aku nampak rupa Black tau. Dua kali pandang pulak aku nampak Faizal AF. Tiga kali pandang baru nampak muka dia. Hahaha. Rupa retiss betul tau dia ni. Hee no offense k ^^V



Ha ini pulak, Datin Kehormat yang telah dijemput hadir ke majlis tersebut miahaha (penyakit perasan aku memang tak boleh nak kurang kan -,-)



Sambil ambik gambar, sambil cuci mata. Sambil tengok contoh, sambil cari jodoh.
Dah kenapa cakap pasal jodoh. Perjalanan masih panjang untuk aku. Haha.
Relaks2 dulu. Sekarang kita tengok, dah sampai masa nanti baru kita cekup. (eh) lalala.



Ni free gift yang diberi kepada tetamu yang hadir malam tu. Free gift ke orang panggil ni? Ke giveaway? Tahlaah aku tak pasti. Tapi ni kira macam goodie bag lah, tapi ini dalam kotak kertas. So? Goodie box? Ah lantak. Janji korang tau apebendanya tu. Comel kan gambar tu? Takboleh tahan tengok kartun comel macam tu. Membuatkan aku nak jugak satu. (eh) k abaikan.

So, aku ucapkan tahniah kepada pengantin :) Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat :)

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dihatinya untuk dicintai. :)



P/s : senanya, dah lama dah kenduri kawin ni,aku je yang baru terhegehhegeh nak update hari ni. Cehh. Kemalasan terlampau dah ni. *pergi muhasabah diri dulu na na* Assalam :)


23 January 2013

Selamat Hari Lahir Kekasihku :')




Credit : Google



One day to go!
Salam Maulidur Rasul 1434H :)
Jom kita banyakkan selawat ke atas junjungannya :)


20 January 2013

Selesema.






"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


P/s : Doakan aku cepat sembuh. *hacchoo*


18 January 2013

Entri Beremosi.





Saya benci Zain!


Maaflah hari ni entri beremosi. Haha.
Ni lah jadinya bila cuti cuti ni takde buat pape.
Tv lah jadi peneman setia I sekarang ni.

Bengang betul dengan zain sekarang ni.
Emo kot tengok cerita ni lalala. #SetiaHujungNyawa
Memula dulu aku tengok zain ni hensem je,
tapi bila dah gaduh dengan el sekarang ni,
Aku tengok zain macam dah tak hensem pulak.
Mungkinlah sebab dia dah kejam ngan el kan. Hahaha.
Emo sungguh aku.

Geramnya. Dah 2minggu asyik gaduh je. Adey bila nak baik ni?
Sekarang ni dah takde #MondayBlues daah. Hikhik.
Anway, goodjob #SuhanMovies :)

14 January 2013

Aaron Aziz adalah puncanya?

Assalamualaikum.

Apa cerita sebenar ni? Aku bukan nak kecoh sangat pasal ni,
tapi kena bagitau jugak. Bukan apa..
Ini lah kenyataannya.

*ni lah Aaron aziz bagi sesiapa yang tak kenal beliau --'*





Berbalik cerita sebenar, kalau nak tahu, Aaron Aziz ni lah punca sebenar
I repeat PUNCA sebenar ye....

Punca sebenar aku layan rancangan fear factor Malaysia yang pertama.
Kah kah kah.

Pergh , gua bikin havoc pulak pepagi ni, kihkih.
Sekarang ni , aku layan fear factor ni le. Best ok.
Walaupun penonton disajikan dengan aksi2 yang menakutkan dan memualkan
Tetapi sememangnya menarik buat penonton yang sukakan ekstrem ni.
Pesertapeserta pulak memang semua hebat hebat. Kaw kaw.

Bila tengok cerita ni, aku terasa macam best sangat.
Macam kalau boleh, nak join je diorang kan.
Haha, wa gelak gelak je bila tengok diorang main.

Aku paling suka tengok group elfira dengan ajak shiro.
Walaupun nampak macam diorang tak boleh kan, tapi
jangan pandang sebelah mata je. Diorang memang hebat.
Mungkin tulah sebabnya pepatah "dont judge the book by its coverrr" dicipta kan.
Ye ada motif di situ, haha.



Peserta Fear Factor selebriti Malaysia pertama.





P/s : Pak Aaron Ajish memang henseng. Keh keh.
Tapi aku minat Izzue Islam lagi. *tetibe. Eh, Kbye!

08 January 2013

Currently....



So sesapa nak saya BW blog dia, meh share link meh.
Tapi harap share kat komen lah ye.
Bukan apa, saya ni lemah sikit bila bukak kotak jerit tu.
Saya ada sebab saya sendiri. (Pergh klise tak habis kau)
Sebelum berundur, sepatah dua pantun,
Usha blog otai-otai, BABYE !

07 January 2013

Stalker ?

Assalamualaikum akak dan abang!  (saya masih muda tau muahaha)
Lamakan saya tak update? Dah dah saya tau dah.
Hari ni tetiba lak ada semangat nak update.
Heih, sebnarnya kesian tengok blog sendiri yang tak up-to-date.

Miahaha, forget about it. Ni nak cite ni, semenjak 2menjak ni,
I terasa macam kena stalk. Ni bukan stalk biasa punya.
Ni yang luar biasa wa cakap lu. Faham tak? Ke tak faham ni?
Ala kira kautim lah, korang faham lah kan, semua dah besar panjang.
Haha, dah serupa mak nenek bercakap je :p



Haa lebih kurang ceni lah kan, tapi lagi extreme punya.
Aduh, macam mana ni ye? Kalau lah aku tau sape,kan ku face to face dgnnya.
Haha, tunggu lah kau!
*bunyi dah sedap dah, macam berani je kan, walhal tidak pun* -.-

Kepada 'awak' silalah guna identiti sebenar ye. Daripada sembunyi2 gitu, takde faedah pun.
Kalau guna identiti sendiri, saya tak marah pun. Meh kita kenalkenal meh. *wah ini gedik* Kalau setakat stalk je takpelah, aku pun pernah buat lalala.
Hah, apa pandang-pandang? Macam korang tak pernah buatkan?
Haha.


Tapi kalau macam atas ni? Ini dah lebih!
Wah, ingat aku artis agaknya stalk2 segala.
Pastu, bila tak layan, dikatakan sombong. Wah, inilah manusia.
Tu pasal aku jarang update tau. (Ini Alasan!) Wahaha.

Dahlah, aku tak tau nak tulih apa lagi ni. Haha, kay lah, aku sambung bebila nanti ye!
Besok-besok, aku bawak korang gi jejalan kat Langkawi eh!
Tapi 'besok-besok' aku tu, tak bermakna betul betul besok. Hahaha.
Pahampaham je lah, busy like a boss (ceh) Tunggu tau! Cau dulu!
Assalamualaikum!