"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

14 May 2012

Warkah buat mu :)

Assalamualaikum :)

No. 1,
Jln emilyaqamelia.blogspot,
Taman www.blogger.com,
Teluk Intan, Perak.

Ke hadapan kakandaku Lulu Liyana,

        Harap kakanda sihat bersama keluarga yang tersayang. Di sini, adinda baik-baik belaka tanpa menghadapi sebarang penyakit. Itu pun kalau kakanda nak tahu haha.

Kakanda, 
       Minggu ni minggu exam bukan. Adinda harap kakanda dapat membuatnya sehabis baik ya.  Kakanda mesti tertanya-tanya tujuan adinda menulis warkah ini bukan? Sebenarnya adinda terlupa nak mulakan warkah ini dengan ayat "tujuan saya menulis" bla bla bla. Haha, maafkan dinda.

Kakanda,
       Baiklah, tujuan sebenar dinda mengarang warkah ini adalah kerana dinda ingin mengucapkan "Selamat Hari Jadi" buat kanda :) Sepraaaisss!!! Terkejut bukan?? *terkejut la sangat* Sedar tak sedar, rupa-rupanya kanda sudah tua ya. Hew hew.

Kakanda (buat ke berapa kali entah),
      Dinda doakan kanda akan berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah. Moga kanda sihat selalu dan sentiasa murah rezeki. Happy Birthday kanda :) Sekian sahaja warkah kali ini. Bai.
















       
Yang sentiasa benar,
adinda           

#surat kiriman tak berapa nak tak rasmi.
#Maaf, lupa nak pos warkah ini hari itu. 
#Ingat nak buat seprais, seprais punya seprais terus tak jadi muahaha.
#Maap maap seribu kali maap.
#Rekod dunia = jadi orang terakhir wish birthday yeh!
Sekian.