"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

01 December 2012

Setelah lama menyepi


Assalamualaikum. Hai hai semua!
Nampak tak gua bermood ceria hari ni? Hehe.
Wah tajuk vogue gitu! Ala retis tuh!

Tapi hakikatnya....
Macamlah ada orang kesah kau ada ke takde kat blog ni.
Tahtah orang tak sedar pun kau takde kat dunia maya ni, puih.
*hakikat itu memang menyakitkan*

Em Em tentang exam tu, janganlah diingatkan daku.
 Wah bermadah pujangga pula. Result lambat lagi keluar.
Sekarang tengah happily ever after selesai sudah exam.

Now,dah boleh....
makan maggi bebanyak, makan kelopok cikedis, main game mario, surfing internet sepuasnya, tengok tv sampai tak berkelip, tidur tak ingat dunia, mengelamun sana, termenung sini sampai bosan. Hahaha apesal semua benda yang menjejaskan otak ni?

Sebenarnya, nak lepaskan tekanan setelah berpuasa segalanya semasa exam. Gua tahan kot nafsu nak buat benda-benda lagha ni? Nampak tak betapa berdedikasinya gua? eh.

Sebenarnya, nak senaraikan lagi, tapi tapi nanti sampai esok pun korang tak habis baca. Lastlast korang pangkah je kan , macam aku tak tau. Kenapa pulak aku tak tau? Aku selalu buat. Hahaha.

Ekcelli tak tau nak tulih apa? Dah lama tinggal blog, idea tak mari. *taktau pun berjela jugak kau tulih kan puii!*

Dah lah, maleh aku tulih lagi. Bertambah merapu lagi aku rasa ada.



Klah bye.


ps : Cannot wait, goodluck HM!

29 November 2012

First appearance after exam :)

Assalamualaikum semua :)
Glad to be back to this blog
Happy to see you guys !
Miss me? Of course you did, right ? Right ?
(please say yes , jangan kecewa kan aii please? )
haha. kay aii gurau.

Anyway,

EXAM IS OVER !


Alhamdulillah :)
   

Trying very hard to post entry always ! :)


25 September 2012

Sahabat :')

Assalamualaikum kepada yang merindui ku Ihik.
Yang tak rindu, boleh tekan pangkah cecepat. Eh aku gughau! Hehe.

Hai Hari ni aku update lagi blog kudus mulus ni. OMG !
Hehe Ye lah aku tau blog aku macam biskut kan. Kejap ada Kejap takde.
Blog aku jugak macam peribahasa "hidup segan, mati tak mahu"
Blog wujud tapi macam nak, taknak je kehadirannya. LOL.

Oh bebel tak habis, lupa motip sebenar. Eh lumrah wanita, membebel ni.
Sahabat. Apa erti sahabat. Bagi aku,

Sahabat adalah insan yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang.
Sahabat adalah insan yang tidak mementingkan harta, darjat, taraf dan kebijaksanaan.
Sahabat adalah insan yang sentiasa mementingkan kejujuran dlm persahabatan.
Sahabat adalah insan yang sentiasa membantu kita untuk menghadapi dugaan dan cabaran.
Sahabat adalah insan yang sentiasa mengingatkan kita untuk melakukan kebaikan.

Makna Sahabat menurut Nabi S.A.W. :

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)






Credit : Cik Lulu yang dicintai yang berbaju merah hati. Hee.Aina and Nabila yang dua orang lagi. Aku? Wajiblah yang paling comel. Kah Kah. Opps, Terbeli hadiah, bagi kat diri sendiri. Kih kih. Teka ah , teka ah mana aku! Sah orang muntah hijau berjemaah lepas ni. Lol.

Dan inilah SAHABAT yang terbaik pernah aku ada. Rasa nak nangis pun ada bila terkenangkan yang kitorang bakal berpisah lepas sekolah ni. Hm. Bayangkan dah 5tahun bersama-sama. So awesome right? :)

Plus, Diorang ni kalau cakap papepun, jarang terasa sebab diorang ni tak pernah merendahkan aku. Orang lain kadang-2 terlepas jugaklah dan aku ni pulak jenis sensetip. So kalau orang cakap lepas dengan aku, memang secepat mungkin aku pergi tweet tweet tweet #Eh lalala.

Tapi aku takdelah tweet sampai bash-bash segala. Kalau boleh taknak tweet yang tuju sesapa, sebab nanti aku takut tweet aku, orang lain terasa. Nasib baiklah orang nya takde di twitter. Cuma yelah sometimes, kita kena luahkan jugak masalah kita in certain ways selain luahkan kepada Allah yang Maha Mendengar :') Aku just tweet random, untuk kembali membangkitkan semangat aku. Get what I mean?

Eh kenapa aku asyik cakap pasal twitter ni? Ye laah Twitter tempat luah perasaan sekarang ni.
Stress --> Twitter ah aku cari dulu. Hoho. Tadaaaa @amelyaAm Alah follow takyah memalu :)

Kadang-kadang aku luahkan kat minah baju merah atas tu. Dia jelah sekarang ni yang tau masalah aku Hmm -.- Yang dua orang lagi , nak cerita tapi takut diorang tak dapat hadam cerita aku Haha. Yelah, masalah aku ni, ceritanya panjang. Sape yang cakap "Pendekkan" aku lepuk kau.

Sebenarnya ramai lagi patut ada dalam gambar ni. Shila, Aida. Yeah, indeed they all are such a good friend to me. Entah kenapa hati ni sedih sangat nak tinggalkan sekolah.

Pesanan Penaja : Sayangilah sahabat anda sebagaimana anda sayangi diri anda sendiri :)





17 September 2012

Kosong Kosong


Kau melihat diriku, Seperti sesuatu, Yang mencabar dirimu, Akal dan mindamu, 
Kau mendustaiku, Kau bilang mereka tak tahu, Siapa diriku, Sedangkan kau juga begitu.

Segala kata cacian, Yang telah engkau berikan, Membuatku rasa kosong kosong...

 
Amboi, ikut nyanyi nampak? Haha kantoi Nyenyenye! :D



Err err sebenarnya dah takde idea nak update blog ni ._.
Nampak aku mula buat smiley tahape hape tah ._.
Aku update jugak sebab ada yang mohon kan ._.
So permohonan anda diluluskan Wee  ._.
Ada  jugak yang rindu nak baca blog aku kan Sob sob  :')
Haha bajet kau retis laa ni ahh puiih ._. K fineee.

Back to lagu Najwa Latif tadi.  

Setiap detik diperhatikan,
Kau cari cara putar belitkan,
Kau jadikan diriku kosong kosong.


 Kini aku bangkit,
Membuktikan yang ku tak sakit,
Dengan segala perit yang kau berikan,
Kini aku pantas berjalan,
Bergerak ke hadapan,
Dan akan ku buktikan,
Siapa diriku yang sebenar!






Kosong kosong~

 
Jangan markah exam aku kosong sudah! K bye!



#Gila, lama tak update ini le jadinya. Sekaku buah tembikai NYENYENYE Haha :p





14 September 2012

Insan bernama Lelaki

Assalamualaikum sunflowers and sunbreaker.

Hey today I feel like want to share my thoughts about some rare things.
Maybe some of you have through it this before. Check it out!



              Seriously, orang macam ni elok campak kat laut je jangan bagi hidup kat dunia ni.
               Ada sesiapa terasa? Memang itu tujuan aku Muahaha bye.


20 July 2012

Kehangatan kian terasa.


Soalan satu. Baca.
Bulat jawapan A.

Soalan dua. Teliti.
Huh? Tak mengerti.

Soalan tiga. Memahami.
Agak tak faham.

Soalan empat. Tenung.
Langsung tak faham.

Soalan lima. Berfikir.
Picit kepala.

Soalan enam. Baca lagi.
Pening.

Soalan tujuh. Tak sempat baca.
Tutup buku.



Trial dah dekat. Takut meh. Jantung mengepam 100 km/jam. Tak logik bukan. Tapi itu lah yang dirasa. Doakan saya buat yang terbaik ye. Syukran. Meh muah sikit, muah :)


Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum semua.
Lama rasanya tak menunjukkan muka.
Eh ada yang terasa kehilangan ke?
Wah terharu rasanya. haha.

Besok dah puasa. Bulan depan dah raya.
Eh belum puasa dah pikir raya.
Pssst nak cerita sikit, hari tu kan...
sekolah aku buat ceramah ihya ramadhan.
(ceh buat saspen je, haha)

So aku nak kongsikan la input yang aku dapat dengan korang.
Ada ilmu sorang-sorang pun tak best jugak ye dak?
hee. Aku nak kongsikan tentang jenis-jenis tahap puasa.
Apa maksud 'jenis tahap puasa' ni? Kita kaji sama-sama ye.

Tapi tapi kan... Aku tak berapa ingat la nama-nama dia.
Huhu. Bukan lupa, tapi tak ingat. Eh ada beza ke? err err..
So untuk mengatasi masalah ini, kita google sama diaaa.
Haha senang kan? Let's begin..

Terdapat 3 jenis tahap puasa :

Tahap pertama (aku masih ingat) iaitu Puasa orang awam.
Maksud dia : menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua (yang ni tak berapa ingat) : Puasa al-khusus. Tapi masa ceramah hari tu ustaz tu cakap Puasa ahlul khawas (rasanya laa, ingat-ingat lupa)
Maksud dia : menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa bagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.


Tahap ketiga (pun tak ingat sangat) : Puasa Khusus al-khusus. Tapi masa ceramah tu ustaz tu sebut Puasa ahlul maghrifah (lebih kurang macam tu la)
Maksud diamenahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.


Tegur jika ada kesilapan.
Untuk lebih penerangan : link
Rujukan dan kredit : link

Jadi, inilah perbezaannya. So kita ni tahap yang mana ye agak-agak? Capai tak tahap yang ketiga? Renungkan bersama. Harapnya kita mendapat keberkatan daripada Allah dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Amin.

Doa ketika bulan Ramadhan "Allahumma as'alukal jannah wa'au'zubika minnannar"

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.



03 July 2012

Emosi tak stabil?

Assalamualaikum.

Kediamanku. 7.33 malam.
Hujan lebat melimpah-limpah.
Langit gelap menandakan dah malam.

Diriku tertanya-tanya "Adakah aku menyanyi sakan tadi?"
"Bilakah?" "Dimanakah?" "Mengapakah?"
What the fish. Suara daku seindah anuar zain tau! Eh?

Lupakan tentang suara ku bak buluh perindu. Eh lagi?
Kita sambung pasal topik kerjaya pula.
Kerjaya ni luas. Bak kata astro 'Macam-macam ada'.

Mungkin ramai kalangan blogger dah ada kerjaya yang stabil.
But for students like me, mesti masih terfikir-fikir
apalah masa depan kita nanti, kan?

So, antara pilihan aku adalah... (macam pilihan jodoh pulakkan?)

1)  Pegawai bank 
Ehem ehem macam biasa waktu kecik setiap orang mesti teringin nak jadi macam their parents kan? So am I. Tengok dulu Ayahanda jadi pegawai bank, macam best. Tapi yang sebenar dipandangnya adalah status haha. Gila mata duitan aku kan? Kah kah.

2) Guru
Ehem ehem Bonda is a teacher. Dulu kerjaya ni lah yang first aku letak untuk cita-cita aku dalam buku rekod sekolah. Tapi sekarang zaman dah berlalu, aku rasa 'cikgu' doesn't suits myself. Because I'm not a good teacher kot hee. Maunya terbalik budak-budak kat sekolah tu. haha.

3) Akauntan
Yup. I dont know why but kerja dengan dokumen all that makes me hungry happy.

4) Engineer
Hah. Mimpi apa entah aku jadi engineer. Tapi okey jugakkan? "Its all about the money, money, money." Ops? Nyanyi sakan nampak? haha.

5) Tentera
Selamatkan negara. Sumpah best. Bila tengok filem "Battleship", semangat lagi berkobar-kobar. rasa nak nyanyi je lagu Negaraku setiap jam. Kau ade?

Oh tu je la kot. Kang list semua mau termuntah-muntah korang bacanya. Ini pun dah korang pandang pelik kat aku kan? Tentera? Are you kidding me? haha terseraaaah.

Itu lah aku kata ini semua emosi dan perasaan. Tengok cerita ni, nak jadi macam ni. Tengok World cup or euro, teringin nak jadi player football. Tengok cerita spiderman, nak try suntik hormone lelabah dalam badan. See? Sangatlah beremosi.

Mungkin orang tanya tanak jadi artis ke? Rettiss le. Tak payah artis sangat la. Sekarang pun guwa memang rettiss dah. Nampak-nampak? guwa berjaya mengembangkan baju guwa satu inci lagi. muahaha.

Tapi-tapi kan banyak banyak job kat dunia, dari dulu sampailah sekarang tak pernah aku terbuka pintu hati hatta pintu rumah sekalipun untuk menjadi doktor. Walaupun dari segi gelaran, nama aku memanglah amat sesuainya "Dr. Emilya" Mantap kan? haha, tapi memang aku tak berminat okey!

Tapi sape tahu masa depan kan? Orang cakap benda yang kita tak suka kadang boleh jadi suka dan sebaliknya lah. Tu yang aku tak berani cakap lebih-lebih tu. Hew, hopefully taklah. Tengok darah pun dah kedik kedik mata dah. leher tak payah cakap. rasa lain macam je. tapi dah dua orang tanya aku, "cita-cita doktor ke?"

Pelik. Muka aku muka doktor ke?



Sumpah tak langsung. Tension ah canni. Mencik!


01 July 2012

Euro 2012 apa cerita?

Assalamualaikum.
Langit tidak sentiasa cerah.
Pelangi tidak sentiasa muncul.
Kadang kadang diselangi hujan yang menimpa bumi.
Kadang kadang guruh turut sabung menyabung.


SEDIH GERMANY KALAH! :(

#Sumpah Euro kali ni paling tak best!
#Boo Italy!! (muahaha)
#Maafkan aku buat korang rindu kat aku erm erm.
#Aku pergi bertapa kat Gunung Everest melayan lara hua.


SEDIH TOMOK KELUAR :(

#Salah satu feveret selebriti masterchef aku dah keluar uwa uwa.
#Nasib Dr fazley dan Farouk tak keluar lagi.
#Kenapa aku emo sangat entah.

Tapi intro dengan entri macam takde kena mengena je?

Bye!


24 June 2012

Perasaan Bersalah.

Assalamualaikum orang bumi :)
Beri salam itu sunat, jawab salam itu wajib :)

Apa tengok tengok? Tak percaya aku apdate?
Ingat aku pemaleh sangat? Sikit tu ade le.

Kelmarin pagi-pagi sukantara.
Cerita sedih : Aku tak pergi sukantara tu. (ceh)
Padahal aku orang pertama tepuk tangan
bila cikgu umum latihan hari khamis tu dibatalkan.

Kenapa dibatalkan? Sebab aku yang taknak pergi.
So cikgu batalkan. Besar mandat aku.
Eh okay tu aku tipu :p

Cerita sebenar, hari tu hujan so dibatalkan.
Dan ganti hari Jumaat. Hari Jumaat pulak aku takde.
Bukan apa, aku gigih menuntut ilmu hari tu. Cecece.

Aku terpikir, masa waktu latihan tu...
- Mesti rumah sukan aku kurang dua mata atas ketidakhadiran aku.
- Mesti cikgu tercari-cari aku masa latihan.
- Mesti cikgu perah otak kenapalah aku takde masa latihan.
- Mesti cikgu sedih aku takde masa latihan tu.

Kan? Kan? Kan? (tolonglah cakap 'ye' weh)


Aku rasa bersalah sangat......
 

(ceh kononnya lagi)


Nak pergi istighfar banyak banyak.

Bye!

23 June 2012

Demam Euro 2012

Assalamualaikum masyarakat tempatan dan salam satu Malaysia.
Hee, di sini ada sedikit sedutan khas buat korang.
Nak buat apa? Untuk korang hadam dalam perut la kot.
Baca je laa. Best tak best jangan kritik lebih-lebih.
Aku ni cepat sentap lalala sila jaga hati aku :p

#Perbualan antara 2 manusia biasa yang bernama Ali dan Abu. 
Macam biasa ini nama yang biasa dalam mana-mana cerita, haha peace!
Jangan risau cerita ini bersifat U (umum untuk setiap lapisan masyarakat)
Watlek okay! 

.................................................................................................................

Ali : Wei, kau bangun tak malam ni?

Abu : Buat apa? Tengok bola ke?

Ali : Oh tak. Tahajud.

Abu : (tersentak) Oh arr, erm, okay, aku on!

Ali : Sure? Okay cun! Pukul 2 ah camtu. Then, baru layan Euro. Cun tak!

Abu : Cantik!!

....................................................................................................................

Ye begitulah sedutannya dan aku harap korang semua dapat sedut baik-baik cerita atas ni sehingga dapat dicerna oleh oesophagus, stomach, small intestine mahupun large intestine korang. Haha. Eh masalahnya ni cerita ke? Har har macam takde motip kan? Erghh kbye.


#Malam ni German lawan Greece. Go for Germany! :)


21 June 2012

Aku cantik?

Assalamualaikum dan salam satu dunia.

Amboi tajuk tak menahan aku bacanya. (macam menahan air kencing pulak)
Apa? Korang pun tak tahan? Pergi la bilik air cepat. Eh? haha.

Ye, tengok tajuk pun dah boleh agak kan ni pasal apa?
Kalau tak pasal "masuk bakul angkat sendiri"
mesti "buang air flush sendiri" (Ek?)

Apa? Korang tak faham lagi. Lambat la korang ni.
Lambat macam broadband aku bila habis limit ha.

Perghh boleh tahan jugak laa lambatnya,
macam korang sembelit, tapi t*hi tu tak gerak-gerak.
Masa tu kau tawu laa azab tak azab.
(kenapa aku asyik cakap pasal sistem pencernaan neh arghh)

Tu diaa aku merepek tak tentu hala.
Back to the tajuk, "Aku cantik" Haha aii laike this sentence.
Muka blink-blink. Hee. Amboi sape tak suka jadi cantik.
Ye dok? Tapi sebenarnya aku bukan mengenengahkan pasal tu.

Pernah dengar tak orang cakap kalau nak dapat self-confidence,
Kita kena yakinkan diri kita dengan cara memuji diri sendiri.
Contohnya,
1) Emi boleh buat! Emi boleh buat!
2) Emi boleh jawab! Emi boleh jawab!
dan termasuklah
3)  Emi cantik! Emi cantik! 

Eh? Eh? Eh? -,-

Susah-susah je puji aku. Haha. Time kaseh. Time kaseh. (lambai sikit)

Hehe jangan marah derr. Aku gurau je. Siap bold yang tak boleh tahan tu kah kah.

Bukan apa beb. Ni satu petua untuk menambahkan keyakinan diri kita.
Cuba korang try, insyaallah korang dapat buat apa yang korang wishkan.
Tapi janganlah korang cakap kat sume orang pulak.
Cakap dalam hati sudah. Nanti orang cop "GILA" pulak kat dahi kau.
Kau nak? Mestilah nak. EH?

Dan yang paling penting, Jangan overconfident! 
Seriously cakap, aku pernah kena.
Dan ia sangat sedap rasanya, macam ayam Mcd.
Sehingga menjilat jari wa cakap. Erk.
Eh tak maksud aku, sangat memeritkan.
Benda yang paling senang, boleh jadi susah aku cakap.

Ini sebenarnya petua dari cikgu aku.
Petua untuk exam sebenarnya. Masa exam kita kena yakin kita boleh buat.
Tekad kan dalam hati "Aku boleh buat" dan insyaAllah
dengan izin Allah, segalanya akan dipermudahkan.
wah ayat insaf nampak? haha.

Okay laa nak cau dulu, kang aku tulih bebanyak
 buat korang tidur lena je kan.

Eh last -last! Baca tulisan kat bawah ni.....




EMILYA CUN :)

Terima kasihlah kerana meningkatkan self-confidence saya :)


Sakit hati ke?
Eh kesah pulak aku kan. Bye.

 Kah kah kah.