"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

07 August 2013

Nak raya dah kite

Assalamualaikum kepada sesiapa yang baca.
Yang tak reti baca, err guwa tak tau nak komen ape.


Sumpah lama gilaa guwa tak update blog. Serius tak tipu! :p
Naik bosan sape yang masuk blog aku kan baca post yg lama berulang kali.
Okfine, takde orang yang baca blog aku ni. *sedardiri* sobs.

Tujuan aku update blog kali ini adalah disebabkan,
Aku tersedar dari lamunan yang panjang (ayat novel sangat lol) bahawa aku dah lama menyepi dari blog ini.
*Sumpah geli bila baca balik ayat kat atas. tuihh sejak bila aku skema oiii wkwkwkw :p

Apepun aku update, sekadar nak update, supaya takdelah orang menangis bila buka blog aku.
Sebab merindui aku yang teramat sangaaatt. Jangan sedih , aku dah update ni ha bukan senang. (ke takde?) Argghh kbye.

Haha. Seghius guwa cakap, AWKWARD sangat bila menaip ni.
Sebab -- lama dah tak menulis. lama tak blogwalking. lama tak intai blog orang (bukan sama ke maksud dengan BW). lama tak komen blog orang. lama tak tinggal jejak. lama tak beramah mesra dengan bloggers. (tudiaa). lama tak (apalagi eh). sukati korang nak sambung ape.

Sebenarnya, mukadimah di atas dah sangat terpesong dari tajuk di atas (perasan tak) hehe.
Sedar tak sedar, dah hampir sebulan kita semua berpuasa (Alhamdulillah).
Sedih rasanya kan. Ramadhan tahun ni paling cepat pernah aku rasa.
Mungkin sebab tahun ni aku berpuasa dalam suasana yang berlainan (mungkin).
Berlainan macam mana? Lain kali guwa cerita.

JADI dalam kesempatan ini, saya Emilya (nama penuh dirahsiakan kehkeh),
ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN'

Harap kita kosong-kosong lepas ni. Heee.
Kalau ada yang tak puas hati ke, jangan disimpan didalam hati.
Bolehlah emailkan ke emel saya kalau malu nak face to face. (bajet bajet macam kau famous nak ada haters je :p)


Hahahaa, nasihat daripada saya -- macam biasa, nasihat klise -- (haha)
 "Jangan main mercun. Jangan membazir. Jangan bermusuhan antara satu sama lain pada hari mulia ni."

Okey, ni nasihat rare pulak --
 "Jangan lupa datang rumah tok ketua, tok imam, tok penghulu di kawasan rumah korang, dan mintak duit raya banyak-banyak. Lepas tu kita kongsi 50-50 okey?" (Haha kalau ada antara ketua2 di atas baca ni, mati aku kena hambat dengan penyapu lidi kahkah)

Rare kan ucapan. So, Ada lagi tak tertinggal? Dah macam buat ucapan raya dari perantauan pulak ? --' Bajet bajet :p

HAPPY EID MUBARAK ! :)



P/S: seawkward-awkward tadi -- panjang jugak post aku kali ni lalalala :p


4 comments :

Nick Nashram said...

maklom la raya sebulan..blog pun sebulan jgk la bercuti :)

Amanina Mads said...

lamanya tak update..hehe
raya pun dh lepas :)

hazlina azmi said...

hai dear...blogwalking..jom ke blog saya dan bertukar2 link..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Cik Fiza Comel said...

sila update sayangg. hee :D