"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

09 March 2013

Penunggu

Assalamualaikum, hai!
Wah wah 2 weeks ago katako. Lama siaa tak update.
Takpelah, benda yang lepas jangan dikenang haha.
Ada tak yang lupa aku? Mesti ada punya. Rindu? Takyah tanya.
Sudah ku ketahui jawapannya. Memang serius takde! Zzzzz.

So takyah lah nak interbiu aku kemana menghilang,
sebab alasan dia kemain panjang nanti taktidur baca karang.
Rentikan le.

So tukar topik lain.

Sebuah penantian? Orang kata ia amat memeritkan.
Terjadi pada aku tapi lebih kepada penungguan.
Ade ke sejenis perkataan penungguan? Haha.

Pada suatu hari tu....

Pergi ke kaunter. Berbaris. Tunggu.
5 minit. Tunggu. 10 minit. Tetap menunggu. 15 minit. Menunggu lagi.
Setelah 20 minit menunggu, barulah tiba giliranku.
Pheu, ingatkan giliranku takkan kunjung kunjung tiba. *sigh*
Setelah urusan selesai di kaunter, perlu pergi ke sebuah tempat lagi untuk urusan lain.

Ye, perlu menunggu lagi, situasinya tetap sama cuma tempat sahaja berbeza.
5 minit, 10 minit, 15 minit, 20 minit. Aku tetap sabar menunggu.
Setelah selesai urusan disitu, aku perlu pergi ke tempat lain pula.

Urusan yang pertama tadi perlu dilakukan semula.
Dan menunggu tetap menjadi aktiviti aku hari itu.
Berapa minit? Kali ini lebih lama. 20 minit? 25 minit? 30 minit?
Ahh, itu semua poyo. Yang pasti 40 minit di dalam genggaman ku.


Hari itu memang mengajar aku erti kesabaran, erti penantian dalam sebuah kehidupan. Benarlah orang kata, penantian itu sejenis penyeksaan. Kalau ikut hati jahat ni, memang dah mengamuk ala ala incerdible hulk tak siap gitu. Haha, tapi dalam bayangan je lah, nak buat buat betul haromm je laa kan kahkah. Tapi, aku tetap bersabar walaupun perkhidmatan yang diberi teramatlah menguji diri aku yang langsung tak sabor ni *sigh lagi* Aneway, nak merungut tak boleh rasanya, so terima je lah perkhidmatan kelas 'A' yang diberikan (katanya).


p/s : oh lupa nak bagitau. Sebenarnya, aku perasan takde laa ramai orang pun kat situ, tapi kenapa tunggu nya punya lama ye? Zzzzzz. Sabar je la.


5 comments :

Nisa Hussin said...

asal aku ingat cerita hantu la kata ko,rupenye lain yg jadi.urusan ape je weh?

Nina Mads said...

Salam.. bru 1st singgah sini.

me in LDR said...

terima kasih sudi singgah ke cerita kami..=)

RIZZNA said...

mana lokasi ni??? dot gov dot mai ehhhhh....?

layanan bertaraf tak setaraf...(saja wat lawak)

Encik H said...

dia memang lama pun..sebab nombor2 tu ada perpuluhan..

contoh: 3.0, 3.1, 3.2, ..., 3.9, 4.0..sebab tu jadi lambat..:p