"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

12 February 2013

Sangkaan tersasar

Assalamualaikum. Hai.

Nak cerita ni, pengalaman aku yang paling aku tak boleh lupa dulu.
Seriusly pengalaman ni amat mengajar aku untuk masa akan datang.
Dan aku harap korang ambik pengajaran jugak ye.

Okeylah, drama ni berlaku dah lama daah. (eh takpayah nak drama sangat lah)
Masa tu, aku dengan mem besar (ibu aku) pergi shopping di sebuah mall.
Nama mall dirahsiakan demi menjaga nama baik masingmasing kahkah!
K berbalik cerita sebenar, lepas aku and mem besar habis cari barang,
Kitorang pun nak pergi bayar lah kan. Sementara cashier tu scan harga apa semua,
aku pandanglah sekeliling situ untuk menghayati suasana kan haha.
Rugi wey tak cucicuci mata kat situ. Ramai gilak manusia wa cakap lu kat situ.

So, sementara merehatkan mata aku ni, tetiba aku ternampak sorang pakcik ni.
Rasanya dia seorang guard sebab dia pakai baju cekelat guard tu. *i guess la*
Tengah aku terpandang dia, tiba tiba aku nampak dia kenyit kenyit mata kat aku.

And I was like "omen, bala apa ini? Omg omg"" Eh k over.
Lepas tu aku terus pandang tempat lain, tak sanggup aku nak tengok pakcik tu.
Budak kecik pun try adeke patut. Haha. Pelik betul aku. Serius pelik.
Nak kata cantik tu memang taklah, tapi manis tu adaaa hahaha. K tak lawak.

Sambil aku melayan kepelikan aku, kitorang pun nak belah dari situ.
Okey lepas tu aku trylah pandang pakcik tu sekali lagi,
Lepas tu..... cuba try teka apa yang aku nampak?
Eh takpayah jawab, aku kat sini bukan nak main tekateki dengan korang.

Guess what? Pakcik tu kelip mata lagi. Tapi bukan ke arah aku lah.
Arah lain. Dan aku tengok takde sesiapa pun kat situ.
Arghh sia sia je aku kutuk dia tadi. Free free je pahala aku bagi dia kan?

Ke korang tak paham lagi apa yang aku cuba sampaikan?
Maksud aku, mata pakcik tu memang kelip2 macam tu.
Bukan dia kenyit mata ke apa macam yang aku sangkakan tadi.
Memang mata dia dah macam tu kot, aku tak tau laah.

Hahaha, dan lepas je aku perasan tu, aku terus gelak kat situ jugak.
Tapi takdelah sampai gelak gilagila sampai orang ingat aku gila.
Aku cuma rasa kelakar sangat sebab aku berprasangka secara melulu. Haahaha.
Dan sampai sekarang aku masih tersenyum mengingatkan kejadian tu.

Apapun kesimpulan cerita ni,


SUSAHNYA NAK BERSANGKA BAIK !


Haha, korang tengah tahan gelak ke? Ke dah bersepai gelak?
Takpayahlah tahantahan, gelak je, aku izinkan kahkah.
Tapi jangan pulak korang pandai baca je, ambik pengajaran ok!
Letih aku update entri yang memalukan diri aku ni tau hahaha.
*tengah gelak malu* :* Adey, jadi kepada adikadik di luar sana jangan ikut macam akak ni,

SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA SEMUA ORANG SELAGIMANA MEREKA TAK MEMBAHAYA DIRI KITA.

Sebab kadangkadang kalau kita terlalu bersangka baik pun,
Orang lain pulak cuba mengambil kesempatan ke atas kita.

So, pesanan akhir, berhatihati dijalan raya. ehh.
Berhati-hatilah tak kira di mana. Peace!


4 comments :

combi said...

kdg2 terlalu bersangka baik la kita ditipu

Nick Nashram said...

hahah..terperasan pulak kat situ.
kdg2 tu ade jugak tertengok org senyum kat kita.
tgk sekali lg rupanye kat org lain.

the malay male said...

perasannnn..kui kui kui

Nur Emilya said...

Kah kah kah sabar je laa.