"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

26 February 2012

Kalau Terjatuh

Assalamualaikum :)
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib :)

Korang pernah terjatuh tak?
Agak tipu sikit kalau korang jawab tak pernah.
Dan kejadian itu sangat memalukan betul?
Dan bagi orang macho seperti aku,
itu tersangatlah tidak cool hahaah :P
So, jom kita belajar cara jatuh yang betul :D

Kalau tersepak batu
Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak.

Kalau terjatuh basikal
Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi hingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak bodoh. 

Kalau terjatuh tangga
Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

Kalau terjatuh longkang
Pungutlah sampah yang ada sambil marah - marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang prihatin terhadap kebersihan.

Kalau terjatuh ketika menaiki bas
Jeritlah kuat-kuat, "Woi, apa tolak-tolak ni?" Walaupun hakikatnya tiada orang di belakang anda.

Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin
Tariklah kawan (atau sesiapa sahaja yang ada di sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya takdelah anda seorang sahaja yang dapat malu. Betul tak?? :3

 
Hahahaha :D
Lepas ni masing-masing jatuh dengan bergaya lah nampaknya :D
Hahaa selamat mencuba dan selamat berjaya koranggg :P

13 comments :

CikTeddyCorner said...

haha..nice!

Zehan Ilyana said...

hahaha!
macam best gak nak mencuba idea2 ni..kehkehkeh

kay_are said...

menarik gak tips2 ni.. silap2 dapat bonus title gile.. =P

lazaac said...

waalaikumussalam.. teringt zaman kanak2 dlu, wktu tu lazaac main basikal, ntah mcm mana tayar pun meletup, depan awek plak tu, adus malunya, pastu buat2 cover sambil panggil2 member, padahal muka dah merah padam... haha...

Nisa Hussin said...

hahaha XD ade je ko ni...hahaha..lawak gile entry ko..XD

syakila BumBum said...

curik statement afif azizan waktu majalah sekolah time tahun bile tah time tu afif tu form 1 dan kite tahon6..yeahhhhh

saya dewi said...

lalu depan iqram dinzley sambil buat buat jatuh.

aduhhh sakitnya kaki kita. awak tolong dukung kita bole? nak dukung dukung macam cite korea tueh. hikhik.

*agak agak dapat pelempang ke tak?

HAHA xD

Classified ! said...

jatuh hati lupa nak boh ka ?

hahahaha . -.-v

aqilla said...

:)

Unknown said...

hehehehhe... lawak laaa.. bole buat nyh kn.. :)

miss no right said...

kalau jatuh cinta?

si kiut lavender said...

erkkk...waluapunn ada org len yg tanya,,tapi tetap nak tanya gak..
law jatuh hati camna??errkkk...apa tip control machonya ekk..hAHAHAH

ndxblg said...

eden toraiii ;)