"Author's fic wonderland. Read at your own risk."

28 January 2012

Bersederhana Lebih Baik :)

Assalamualaikum anda semua :)
Kadang-kadang kita ni terlupa kan,
hidup ni sementara je?
Kadang-kadang kita ni terlupa,
dunia ni hanya tempat sementara
sebelum kita melangkah ke akhirat.
Kita lupa apa yang ada kat dunia ni
tak boleh bawak ke akhirat melain 3 perkara :
anak yang soleh, sedekah dan ilmu.

So, apa yang aku nak sentuh hari ini adalah,
tentang gaya hidup orang sekarang.
Dalam semua aspek, kalau boleh,
semua nak up-up orang kata.
Makan kat tempat eksklusif.
Barang branded-branded.
TAK salah kalau nak ada semua tu,
TAK salah kalau ikut perkembangan trend,
TAPI kalau kita mampu,
ok je. boleh. tak salah. beli je laa :)

Yang menjadi masalah sekarang ni adalah,
Nakkan sesuatu sebab orang lain ADA,
so kita pon kena ada! Perlu ke macam tu?
Perlu ke kita ada perasaan, orang tu lebih sikit,
kita pon kena lebih macam dia jugak?
Tak kott, I think #Bersedehana lebih baik :)

'Ukurlah baju di badan sendiri'
Ikut kemampuan, kalau tak mampu,
tak payah nak ikut peredaran zaman sangat,
Cukoplah apa yang ada je kan.
#Bersederhana lebih baik :)

Aku nak kongsi cite pasal sesaorang ni,
Dia kawan aku la ehem ehem,
nama dia terpaksa dirahsiakan huu :D
Okay, dia ni kaya. No! Bapak dia yang kaya.
Tapi kalau dah bapaknya kaya,
dia pun mesti terkena tempias kekayaan tu kan? hee.

SO, kalau kaya mesti sinonim dengan barang-barang branded kan?
Tapi tidak pada dia, dia berpakaian biasa-biasa je,
tak over bergaya lah orang kata. :)
Situ dah nampak dia sangat humble kan? :)
Lagi, handset dia tak pakai, situ dah tahu dia tak bermewah :)
Arghhh alangkah baiknya dia ni!! :}
#Bersederhana lebih baik :)

ps : awak, saya buat sume ni khas untuk awak :') 

Kadang-kadang aku terpikir,
nasib baik lah aku tak pernah meminta-minta
daripada bapak aku, nak itu, nak ini,
Apa-apa, bapak aku yang rela hati nak bagi,
bukan aku yang mintak.
#Bersederhana lebih baik :)

Anyway, life is simple,
you dont need to make it so complicated :)
#Bersederhana lebih baik :)

psst, lama kan aku tak buat entri serius? xD


GTG bye!

9 comments :

ieyza afieyna said...

btul tu.. bersederhana lebih baik... xperlu nak menunjuk2... :)

Stilovast (NH2) said...

shahila ke?ahahah

LULU' LIYANA said...

sure laa shahila nih ! sape lagi yg x pakai handset slaen shahila..

nur ika said...

btol..kdang nfsu 2..nk tu nk ni..gagah gak..walaw xmmpu..^,^

Teenager Housemaid said...

setuju!
bersederhana lebih baik! :D

cahaya azyla said...

tahniah!
http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com/2012/01/pemenang-fasa-2.html

duan said...

betul tu, bersederhana itu lebih baik. semua manusia sama sahaja.

si kiut lavender said...

terkilan sebentar bila tetiba blog nih jadi serius tetiba...hee..:D

bersederhanalah,,,kerna kita semuanya sama

CiK FizA said...

Hee. Betul2!! Setuju! Bersederhanalah dalam segala hal. Kalau nak something, kena ikut kemampuan la. Jangan terlebih2 sampai menyusahkan diri. Hee :)